wah ~ cop ! Assalamualaikum . Esok adalah saat yang sangat ditunggu-tunggu semua calon PMR di seluruh Malaysia. Wah ! Tak tertinggalkan juga aku sbg salah seorang daripadanya. Dan ingat PMR tidak berakhir pada tahun ini. Ia ada pada tahun hadapan dan tahun seterusnya dan berhenti pada tahun seterusnya. Insya-Allah.
Di sini saya ada coretkan sikit tips dari kenalan saya di blog merangkap senior juga sebab dia dah lepas PMR.
"Adik-adik, malam ini buatlah solat hajat. Kalau bangun tahajjud nanti pun adalah lebih baik, terbaik! Insya-Allah. Esok bangun Subuh! Jangan tinggal solat Subuh. Berdoalah.
Esok, sewaktu menantikan keputusan dan menerima slip keputusan, bersalawatlah dengan kerap. Baca al-Fatihah berkali-kali. Baca Ayat Kursi, 'Tiga Qul' berkali-kali. Biar hati merasa tenang. Biar jiwa terasa lapang.
Selepas dapat keputusan nanti, jangan terlalu gembira jika dapat cemerlang dan jangan terlalu sedih dan kecewa seandainya berlaku pula yang sebaliknya."
Lepas baca je post dia terus rasa agak tenanglah. Insya-Allah saya akan ikut apa yang dia coretkan. Calon-calon semua pun jangan terlalu overexcited and oversad nanti. Setakat itu sahaja entry saya untuk malam ini. Assalamualaikum.
Comments