TERJAH SINI

Mimpi KPOP aku


Esok sekolah ! Ya ! Aku budak sekolah lagi . Baru 15 tahun . Dah ambil PMR !! Kau dah ? hehehe.. x de benda yg dibangga . Dah lama tak menapak dekat blog ni . 

Baiklah kamu semua mesti tak sabar nak dengar story mory aku kan ? Cerita pertama memang mimpi dahulu kala . Cerita kedua pula baru saja aku mimpi malam semalam . aku suka tidur . sebab tu ada mimpi .

_______________________________

My first KPOP dream
_______________________________

Mimpi ini masa aku mula minat KPOP . Masa tu memang masa tak boleh kawal aku punya ghairah pasal KPOP sampai terbawa-bawa masuk tidur . Mimpinya begini .....

// Mata aku tiba-tiba berkelip-kelip menahan cahaya matahari pagi . Aku menjerit kemarahan . Tiba-tiba aku terlihat 13 orang lelaki yang sangat kacak berdiri teratur berpakaian seperti putera di tingkap bilik aku . Aku sungguh teruja . Siapakah lelaki-lelaki ini ?

Aku terus ke tingkap lalu membukanya . Lelaki yang berada di hadapan aku ialah Leeteuk . aku tak minat Leeteuk pon . Selepas memandang mukanya aku terus memandang wajah yang seterusnya . Wajah terakhir ialah milik Ryeowook .


Aku mencari Heechul kerana otak aku di alam realiti mencarinya . paham x maksud aku ? Ohh ! Itu dia , dia di antara Siwon dan Donghae . Tanpa ku sangka-sangka , mereka mengajak aku ke taman . what ? rumah aku bukan istana nak bertaman-taman nie . Nama pun mimpi . Tiba-tiba aku tiba di sebuah taman bunga yang indah . aku pun dah lupa macam mana rupanya . Aku main buaian sambil ditolak oleh Donghae !!! Tiba-tiba.. //

Aku tersedar ! Gila geram sebab adik aku suruh bangun . '' Kak , ibu suruh basuh kasut '' . Gggrrr . Yelah aku bangun dan basuh kasut .
______________________________

My second KPOP dream 
_______________________________

// Aku terlewat untuk ke konsert . Yuri sedang memarahi aku . Kemudian aku dimarahi Yoona . Selepas itu Sunny memberi aku baju dan membawa aku ke bilik solek . Sunny yang paling baik sebab dia sayang aku . Aku magnae dalam SNSD pada tahun 2014 . Seohyun satu sekolah dengan aku .

Aku memakai pakaian yang diberi . Kemudian aku disolekkan . Hari itu aku sungguh teruja untuk kemunculan aku yang pertama . Selepas siap , aku berlatih vokal bersama Taeyeon dan Tiffany . Serius ! Dia cantik gila ! Aku berlatih sampai masa untuk naik pentas . Muzik dimulakan . 

Kepala aku seperti berpusing-pusing . Aku rebah . //

Nak tau apa jadi ? Aku bangun dan sedar posisi tidur aku , kepala aku bukan atas katil . Hanya dari tengkuk hingga kaki atas katil . Aku gelak sendiri atas katil .

________________________________

Itu saja mimpi aku ! Maaf kalau buat kau rasa meluat atau nak muntah . Kepada KPOP-ers . Korang mesti ada mimpi juga kan ? Minta kongsi ya ! 


2 comments:

izy said...

hahahha :)

supersmile said...

FIRST DREAM SJ.HAHHAH I WANT YOUR DREAM.DONGHAE<3