TERJAH SINI

Aduh.. KPOP ohh KPOP


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia. Tadi dekat sch ada buat ceramah Israk Mikraj. Huhu excited ni nak dgr.

Ceramah punya ceramah, ustaz tu, bekas pelajar sch ni juga, tegur pasal remaja sekarang yg minat KPOP.
Sungguh-sungguh dia bash KPOP. 

Duduk dengar dia ceramah tu jadi rasa terkilan. "Salah sangat ke aku minat KPOP?" "Tapi aku obses KPOP tapi serius aku tak lalai jlnkan tanggungjawab sbg Muslim"

Then aku teringat Ustaz Azhar punya ceramah pasal KPOP. Tak adalah sekeras ustaz ni. Saya berasa sangat sedih dan bersalah terhadap minat saya

Ya Allah. Jika benar aku telah benar-benar jauh tersasar dari jalan redha Mu, kembalikanlah ku ke jalan yg benar. Amin.

Kawan-kawan ku. Jika kamu semua rasa aku ini terlalu obses dgn KPOP dan benar-benar hilang arah. Tegurlah aku meski ia adalah menyakitkan buat ku.

Assalamualaikum.

No comments: