TERJAH SINI

Nak tahu tak?

Candy Corn

Tadi kat sekolah 4 orang ustazah dari masjid terdekat datang tunjuk demo cara nak kafan mayat. Siapa yang tak datang memang rugi , tak dapat tengok pocong siang hari. ( tak ada kena mengena dengan tajuk )  haha. Okey, tadi aku kat sekolah dah berangan nak buat apa masa cuti. Cerita punya cerita tiba-tiba timbul topik:

PEREMPUAN MANDI DI KHALAYAK RAMAI ITU BERDOSA

Tentu korang cakap, 'tentu-tentulah berdosa mandi depan orang ramai' . Cop! Baru hari ini aku tersedar bila kawan aku yang cakap topik itu. Maksud aku ialah bila kita mandi di taman tema air , kolam air panas atau yang sama waktu dengannya. 

Agaknya selama ini aku memang tak pernah terfikir tentang ini. Astaghfirullahhalazim !! Aku dah berdosa. Korang yang dah baca post aku ini harap fikir banyak kali sebelum korang mandi ! Okay?


Aku rasa aku patut post apa yang aku tahu, lagi-lagi melibatkan dosa dan pahala. Dosa bagi aku kalau tak bagitahu dekat korang semua. Dan dosa juga kalau korang dah tahu tentang ini tapi tetap buat lagi. 

Aku janji dengan diri aku tidak akan mandi di khalayak ramai lagi. Oit ! Korang mesti tertanya-tanya '' boleh tak mandi kalau depan saudara-mara tapi menutup aurat ? '' . Maaf kawan. Aku tak berani nak jawab. Lebih baik korang tanya dekat orang yang lebih tahu.

So korang nak buat apa ? Hanya Allah yang tahu !

No comments: